suhaizam

Archive for the ‘Melayu’ Category

Melayu : Rupa Bangsa Rakyat Semenanjung

In Bangsa, History, Malaysia, Melayu, Politik / Politic, Sosial Politik on October 1, 2010 at 1:44 pm

Menurut buku penulisan Syed Husin Ali, selepas Perang Dunia II pemimpin seperti Dr. Burhanuddin serta Tan Cheng Lock menyarankan supaya rupa bentuk bangsa untuk semua penduduk di Semenanjung dinamakan “Melayu” saja. Faktor yang menyebabkan saranan ini tidak mendapat tempat kerana gerakkan politik mereka tidak mendapat kuasa.

Setelah Persekutuan Tanah Melayu berjaya ditubuhkan pada 1948, istilah “Malayan” diguna pakai sebagai rupa bangsa ketika itu. Walaupun istilah tersebut digunakan sebagai merujuk kepada  Bangsa Malaya ketika itu sedikit pun tidak berjaya. Hal ini kerana, Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa merupakan entiti yang berbeza. Pekara ini tidak akan menjadi realiti jika setiap borang yang kita isi seperti borang di jabatan kerajaan mahupun swasta masih lagi merujuk “Bangsa” diruang [Race], kenapa tidak diletakkan “Keturunan” .

Apabila Malaysia dibentuk dan istilah tersebut jugak berubah menjadi “Malaysian” tetapi ia lebih merujuk kepada warganegara Malaysia bukan merujuk kepada Bangsa Malaysia seperti sepatunya. Mungkin penduduk Malaysia masih belum memahami kepentingan penakrifan ini. Adalah lebih baik ia dirujuk dengan istilah “Bangsa Malaysia” dan kesan penakrifan ini penting dalam menanam jati diri terhadap bangsa dan negara. Namun, penakrifan ini masih tidak menampakkan sebarang hasil yang ketara kerana penduduk masih merujuk diri mereka sebagai bangsa Melayu, Bangsa Cina, Bangsa India, dan lain-lain.

Melalui pemerhatian, pembentukan sesebuah bangsa didunia memerlukan jangka masa yang lama dan usaha yang jitu dari segenap sudut. Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum semestinya memerlukan masa yang lebih panjang untuk memberi ruang kepada setiap kaum membuyka minda dan menerima konsep Bangsa Malaysia.

Menurut Syed Husin Ali, adalah lebih sesuai jika kumpulan Melayu, Cina dan India itu tidak disebut sebagai bangsa atau bangsa-bangsa kecil tetapi dirujuk sebagai kumpulan kaum atau etnik sahaja.

Ulasan : SZM

Sumber:

Syed Husin Ali. (2008). Orang Melayu: Masalah dan masa depan. Kuala Lumpur: Harakah

Advertisements

Bangsa Melayu : Sosial dan Budaya

In Bangsa, Indoneisa, Malaysia, Melayu, Politik / Politic, Sosial Politik on September 30, 2010 at 11:46 am

Dari segi perspektif sosial dan budaya bangsa Melayu adalah amat luas. BangsaMelayu tidak hanya terbatas kepada penduduk yang bermastautin di Semejanjung sahaja bahkan meliputi Gugusan Kepulauan Melayu atau Nusantara serta ratusan pulau-pulau yang membentuk negara-negara seperti Indonesia dan Filipina ketika ini.

Hasil dari kedudukan yang berselerak ini, maka wujudlah pecahan suku bangsa dlm Melayu. Pecahan ini juga menghasilkan pelbagai bahasa dan loghat pertuturan dalam kegiatan harian. Oleh yang demikian, jika dilihat dari sudut pecahan kepada suku-suku kaum dan kawasan, ia secara langsung menunjukkan bahawa keturunan Melayu ini adalah antara kelompok bangsa yang besar di dunia.

Pepecahan  ini dimangkin pula oleh kedatangan  penjajah dari Barat yang mula melakukan pensempadanan politik dan wujudnya sempadan politik ini telah memisahkan orang-orang keturunan Melayu di Nusantara ini ke dalam lingkungan negeri berasingan.

Penjajah Barat seperti Sepanyol telah mengusai pulau-pulau yang kini negara Filipina, Belanda pula menguasai kepulauan yang kini Indonesia dan British menjajah dan mengusai negeri-negeri Melayu yang kini dipanggil Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak).

Hasil pensempadanan politik ini telah mewujudkan bangsa yang baru iaitu Melayu Filipina dipanggil orang Filipina, keturunan Melayu Indonesia dipanggil orang Indonesia. Pepecahan ini telah sedikit sebanyak melupakan orang-orang keturunan Melayu itu tentang sejarah keturunan mereka dan apabila tali persaudaraan ini dipisahkan secara teliti oleh penjajah, maka dengan mudahnya penjajah menguasai tanah-tanah di Nusantara pada ketika itu dan pada ketika ini juga hubungan antara negara (Keturunan Melayu) menjadi sesuatu yang asing. Iaitu speperti tidak ada kaitan pada masa silam dari segi ketuturunan.

Rumusan: SZM 2010

Sumber:

Syed Husin Ali. (2008). Orang Melayu: Masalah dan masa depan. Kuala Lumpur: Harakah

Siapakah Orang Melayu?

In Bangsa, Malaysia, Management / Pengurusan, Melayu, Politik / Politic, Sosial Politik on September 29, 2010 at 2:02 pm

Siapakah orang Melayu atau Bangsa Melayu? Orang Melayu pada ketika ini lebih merujuk kepada penduduk Malaysia yang berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar, lemah lembut dan berbudi bahasa. Dan yang penting, mereka ini beragama Islam. Itu yang dilihat ketika ini sebagai Orang Melayu. Orang Melayu ini merupakan pendatang awal di Semenanjung dan bercampur dengan pendatang-pendatang yang dibawa masuk oleh Orang Inggeris dan kini bilangan Melayu ini merupakan majoriti [lebih sedikit] diMalaysia.

Bancian pada tahun, 1970, menunjukkan 4.8 juta adalah terdiri dari Melayu dari keseluruhan penduduk Malaysia pada ketika itu 8.8 juta. Baki tersebut adalah penduduk Cina (35.4%) , India (10.6%) dan lain-lain (0.8%). Statistik pada 2006 menujukkan Melayu (54%). Cina (25%), Bumiputera bukan Melayu (11.8%), India (7.5%) dan lain-lain (1.7%). Pada 2006, jumlah rakyat Malaysia adalah 26.64 juta orang.

Sumber:

Syed Husin Ali. (2008). Orang Melayu: Masalah dan masa depan. Kuala Lumpur: Harakah