suhaizam

Getah Sekerap (Dialek Kedah)

In Comodity, History, Malaysia, Politik / Politic, Sosial Politik on October 8, 2010 at 5:25 pm

Ia bermula 2000 tahun dahulu oleh Puak Mayan di Hutan Amazon apabila mereka mula melantunkan bola pertama yang diperbuat daripada  getah. Ketika era pelayaran Christopher Columbus serta pengikutnya ke Benua Amerika Latin ketika itu telah menemui pokok getah dan mereka telah melaporkan penemuan tersebut. Mereka hanya mengatakan “bouncing balls and boots”.

Pada tahun 1735, Penjelajah Perancis iaitu Charles-Marie de La Condamine telah ke Brazil dan telah ditunjukkan kepadanya bagaimana mereka mengumpul susu getah (milky white latex sap) dari pokok Hevea brasiliensis dengan cara mengoyak kulit pokok tersebut. Pribumi pada ketika itu menggunakan getah tesebut untuk merekabentuk bola dan mengikat batu pada sebatang kayu untuk dijadikan kapak.

Getah ini dibawa balik ke Eropah dan pada awal kegunaanya adalah untuk dijadikan pemadan (dengan paggilan RUBBER) dan terma ini masih lagi digunkan sehingga kini. Getah pada awal penemuannya adalah tidak sempurna, ia melekit, lembut, berbau dan reput bila ia panas dank eras bila sejuk.

Pada tahun 1839, Charles Goodyear yang merupakan pedagang muflis mencipta proses “Vulcanisation” iaitu proses yang menggunakan haba. Lead putih dan sulfur ditambah kepada getah mentah dan dipanaskan. Hasilnya, getah tersebut kenyal, kuat, kalis air dan tahan lama.

Pada tahun 1888, John Boyd Dunlop telah mencipta tayar getah yang lebih senyap dan memberi keselesaan kepada kenderaan. Hasilnya menberi revolusi baru dalam industry pengangkutan dan kenderaan. Akibat pelbagai kegunaan dan kehebatan getah, pemintaan serta penawaran meningkat  mendadak. Penawaran getah meningkat dari 2,500 tan kepada 20,000 tan antara tahun 1851 dan 1881.

Hasil permintaan yang tinggi, Brazil pada ketika itu tidak mampu untuk menawarkan keperluan dunia yang semakin mendesak. Justeru, Henry Wickham telah menghantar 70,000 benih pokok getah dari Santarem, Brazil ke London’s Kew Garden. Hanya 2,000 benih yang hidup dalam rumah kaca tersebut dan ia memadai untuk tujuan penyelidikan. British yang ketika itu mempunyai tanah jajahan yang luas dinegara-negara Asia, telah mengambil keputusan untuk  membawanya ke Singapore’s  Botanic Garden dan ditakbir oleh Henry Ridley.

Pada 1909, lebih dari 40 juta benih pokok getah telah dibawa ke Malaya (Malaysia) dan ditanam secara meluas. Setahun kemudian, lebih dari 300,000 ribu hektar tanah dia Asia ditanam dengan getah. Hasil kekayaan negara Asia dibolot habis oleh Penjajah Barat. Namun, ia juga memberi nafas baru kepada negara Asia untuk menggunakan tinggalan tersebut untuk menguasai pasaran getah dunia.

Ketika Perang Dunia Kedua, Jerman pada ketika itu tidak dapat megimport getah secukupnya hasil dari sekatan dan gangguan laluan perkapalan akibat perang. Justeru, Getah Sintetik diperkenalkan oleh Saintis Perancis Georges Bouchardat pada tahun 1875. Nazi Jerman menghasilkan 100,000 tan getah sintetik setahun manakala Amerika Syarikat menghasilkan 800,000 tan getah sintetik setahun. Pada hari ini, 10 juta tan getah asli dan 12 juta tan getah sintetik dihasilkan setahun.

 

Ulasan: SZM

Sumber: Discovery Channel Magazine, June/July 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: