suhaizam

Archive for September, 2010|Monthly archive page

Bangsa Melayu : Sosial dan Budaya

In Bangsa, Indoneisa, Malaysia, Melayu, Politik / Politic, Sosial Politik on September 30, 2010 at 11:46 am

Dari segi perspektif sosial dan budaya bangsa Melayu adalah amat luas. BangsaMelayu tidak hanya terbatas kepada penduduk yang bermastautin di Semejanjung sahaja bahkan meliputi Gugusan Kepulauan Melayu atau Nusantara serta ratusan pulau-pulau yang membentuk negara-negara seperti Indonesia dan Filipina ketika ini.

Hasil dari kedudukan yang berselerak ini, maka wujudlah pecahan suku bangsa dlm Melayu. Pecahan ini juga menghasilkan pelbagai bahasa dan loghat pertuturan dalam kegiatan harian. Oleh yang demikian, jika dilihat dari sudut pecahan kepada suku-suku kaum dan kawasan, ia secara langsung menunjukkan bahawa keturunan Melayu ini adalah antara kelompok bangsa yang besar di dunia.

Pepecahan  ini dimangkin pula oleh kedatangan  penjajah dari Barat yang mula melakukan pensempadanan politik dan wujudnya sempadan politik ini telah memisahkan orang-orang keturunan Melayu di Nusantara ini ke dalam lingkungan negeri berasingan.

Penjajah Barat seperti Sepanyol telah mengusai pulau-pulau yang kini negara Filipina, Belanda pula menguasai kepulauan yang kini Indonesia dan British menjajah dan mengusai negeri-negeri Melayu yang kini dipanggil Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak).

Hasil pensempadanan politik ini telah mewujudkan bangsa yang baru iaitu Melayu Filipina dipanggil orang Filipina, keturunan Melayu Indonesia dipanggil orang Indonesia. Pepecahan ini telah sedikit sebanyak melupakan orang-orang keturunan Melayu itu tentang sejarah keturunan mereka dan apabila tali persaudaraan ini dipisahkan secara teliti oleh penjajah, maka dengan mudahnya penjajah menguasai tanah-tanah di Nusantara pada ketika itu dan pada ketika ini juga hubungan antara negara (Keturunan Melayu) menjadi sesuatu yang asing. Iaitu speperti tidak ada kaitan pada masa silam dari segi ketuturunan.

Rumusan: SZM 2010

Sumber:

Syed Husin Ali. (2008). Orang Melayu: Masalah dan masa depan. Kuala Lumpur: Harakah

Siapakah Orang Melayu?

In Bangsa, Malaysia, Management / Pengurusan, Melayu, Politik / Politic, Sosial Politik on September 29, 2010 at 2:02 pm

Siapakah orang Melayu atau Bangsa Melayu? Orang Melayu pada ketika ini lebih merujuk kepada penduduk Malaysia yang berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar, lemah lembut dan berbudi bahasa. Dan yang penting, mereka ini beragama Islam. Itu yang dilihat ketika ini sebagai Orang Melayu. Orang Melayu ini merupakan pendatang awal di Semenanjung dan bercampur dengan pendatang-pendatang yang dibawa masuk oleh Orang Inggeris dan kini bilangan Melayu ini merupakan majoriti [lebih sedikit] diMalaysia.

Bancian pada tahun, 1970, menunjukkan 4.8 juta adalah terdiri dari Melayu dari keseluruhan penduduk Malaysia pada ketika itu 8.8 juta. Baki tersebut adalah penduduk Cina (35.4%) , India (10.6%) dan lain-lain (0.8%). Statistik pada 2006 menujukkan Melayu (54%). Cina (25%), Bumiputera bukan Melayu (11.8%), India (7.5%) dan lain-lain (1.7%). Pada 2006, jumlah rakyat Malaysia adalah 26.64 juta orang.

Sumber:

Syed Husin Ali. (2008). Orang Melayu: Masalah dan masa depan. Kuala Lumpur: Harakah

Isu Ganyang Malaysia

In Diplomasi, Indoneisa, Malaysia, Politik / Politic on September 29, 2010 at 1:14 pm

“ Kalau kita lapar itu biasa
Kalau kita malu itu juga biasa
Namun kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar!

Kerahkan pasukan ke Kalimantan hajar cecunguk Malayan itu!
Pukul dan sikat jangan sampai tanah dan udara kita diinjak-injak oleh Malaysian keparat itu

Doakan aku, aku kan berangkat ke medan juang sebagai patriot Bangsa, sebagai martir Bangsa dan sebagai peluru Bangsa yang tak mau diinjak-injak harga dirinya.

Serukan serukan keseluruh pelosok negeri bahwa kita akan bersatu untuk melawan kehinaan ini kita akan membalas perlakuan ini dan kita tunjukkan bahwa kita masih memiliki Gigi yang kuat dan kita juga masih memiliki martabat.

Yoo…ayoo… kita… Ganjang…
Ganjang… Malaysia
Ganjang… Malaysia
Bulatkan tekad
Semangat kita badja
Peluru kita banjak
Njawa kita banjak
Bila perlu satoe-satoe!

“Namun tak semua Tentera Nasional Indonesia yg setuju dengan konsep ini. Malahan Jeneral tertinggi indonesia hanya mengarahkan tenteranya lebih fokus kepada pengawalan sempadan dari menyerang Malaysia. Ini berikutan hubungan baik antara panglima tentera darat dan TNI sehinggalah arahan dari presiden sendiri yg mahu m’sia diserang.. baru TNI serang malaysia”

Sumber:

Classified

Iran : Nuklear

In Iran, Nuklear, Politik / Politic, World on September 29, 2010 at 12:54 pm

“Sekiranya nuklear ini dikatakan buruk dan kami tidak dapat memiliknya, kenapa anda sebagai kuasa terkuat boleh memilikinya? Sebaliknya apabila nuklear ini sesuatu keperluan bagi Amerika maka ia juga keperluan bagi kami.” Kata beliau tegas. Beliau juga menyatakan yang Amerika sebagai “penjahat” yang tidak lama lagi akan jatuh seperti air pancut.

Sumber:

Muhsin Labib, Ibrahim Muharam, Musa Kazhim & Alfian Hamzah. (2008)A. Ahmadinejad : Singa Baru Dunia Islam. Batu Caves: PTS Islamika

Iran: Minyak

In Iran, Politik / Politic, World on September 29, 2010 at 12:52 pm

Hasil minyak menjadikan pembangunan Iran bejalan lancar dibawah pemerintahan Syah Pahveli. Pada tahun 1963, penerimaan minyak Iran melonjak US$ 550 juta dan naik berlipat kali ganda menjadi US$1.2 juta pada tahun 1970. Iran hampir mengalahkan ekonomi China pada ketika itu.

Sumber:

Muhsin Labib, Ibrahim Muharam, Musa Kazhim & Alfian Hamzah. (2008)A. Ahmadinejad : Singa Baru Dunia Islam. Batu Caves: PTS Islamika