suhaizam

Archive for June, 2008|Monthly archive page

KONSPIRASI MINYAK – POLITIK TERGADAI

In Malaysia on June 30, 2008 at 6:38 am

Setelah penulis membaca surat khabar pada hari sabtu, Kosmo menyatakan bahawa seorang ahli politik meliwat pembantunya berumur 23 tahun….. penulis tertanya-tanya siapa gerangan ahli politik tersebut. Sebelah petangnya barulah penulis tahu bahawa ahli politik tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim!!!!

Namun, disebalik kekalutan dan kehangatan perdebatan politik dan minyak sekarang, bagaimana isu ini boleh timbul????? Cukup menghairankan. Bagi penulis agenda utamanya senang sahaja. Untuk menghentikan kebangkitan politik DSAI dan menutup isu minyak yang dihadapi oleh negara ketika ini. Adalah amat jelas kalo kita lihat dari sudut itu. Setiap kali berlaku satu-satu isu yang besar, mesti ada jalan kotor yang diambil bagi menutup isu tersebut.

Isu yang diwar-warkan ini merupakan satu bentuk konspirasi dan agenda terancang yang sememangnya digunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu. Namun, bagi penulis rakyat tidak mudah tertipu. Jikalau benar pun, mampukah DSAI itu melakukan perkara tersebut? Kita sudah tahu yang beliau baru menjalani pembedahan tulang belakang. Mampukah beliau “beraksi” seperti orang sihat ketika hal tersebut berlaku? Adakah pemuda Saiful Bukhari Azlan ini lumpuh seluruh badan ketika kejadian itu berlaku? Tidakkah beliau melawan dengan penuh kudrat ketika kejadian itu berlaku? Kenapa kejadian ini berlaku ketika politik negara dan isu minyak tengah memuncak? Semua ini cukup pelik dan aneh!!!!

Namun, walau apapun yang belaku selepas ini. Kita semua boleh mengagaknya dengan jelas sekali. Ini bukan isu remeh temeh dan rakyat tidak lagi mudah ditipu oleh sebilangan pihak yang mempunyai kepentingan politik.