suhaizam

TUN NEKAD KAMIKAZE

In Malaysia on May 24, 2008 at 4:15 am
Bangga Menjulang Jalur Gemilang 
Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang Universiti Utara Malaysia Prof Dr Ahmad Atory Hussein,

Walau apapun sebab sebenar bekas Perdana Menteri itu meninggalkan Umno, ia tidak boleh dipandang ringan oleh kepimpinan parti dan kerajaan.Sama ada beliau keluar parti kerana kecil hati pandangannya tidak lagi diendahkan, ataupun kerana beliau mahu memaksa anggota Umno mengambil tindakan berani terhadap pucuk pimpinan, pada saya tindakan keluar parti itu sendiri membawa kesan besar kepada Umno dan negara.Kesan kepada Umno adalah jelas kerana Tun masih mempunyai ramai pengikut setia. Bayangkan kalau semua pengikut setia beliau, walaupun hanya anggota biasa keluar parti, saya rasa boleh punah Umno,” katanya kepada Bernama di sini hari Isnin.
Sejak malam Isnin, berita utama distesen-stesen televisyen memaparkan isu dan agenda panas yang sememangnya amat panas iaitu “Tun Dr. Mahathir keluar UMNO”. Penulis amat tekejut dengan kenyataan ini namun situasi ini yang telah lama penulis tunggu. Bagi penulis, tindakan nekad Tun yang ala-ala KAMIKAZE merupakan jalan terakhir yang dapat beliau gunakan. Penulis tertanya-tanya, adakah jalan ini akan membawa perubahan yang besar kepada UMNO dan BN? Sudah tentu! Mulai detik Tun melafazkan niat untuk keluar dari kepompong UMNO, sudah berjuta-juta rakyat Malaysia memerah otak dan berbincang disegenap pelusok tanah air terutama sekali kedai dan warung kopi. Rakyat sudah membuka mata mereka seluasnya. Mereka meneliti dan mengkaji tindakan Tun tersebut. Bagi penulis, sokongan padu perlu diberikan kepada Tun. Beliau lebih mengetahui dan memahani situasi politik UMNO. Tindakan beliau itu semestinya didorong oleh sesuatu yang amat menganggu fikirannya selama ni dan terutama sekali selepas PRU 12. Jikalau beliau berfikiran begitu, sudah tentu rakyat juga sealiranya.

Selepas PRU 12, Malaysia dan dunia menyaksikan kerajaan yang wujud sekarang sudah hilang kekuatan dua pertiga. Kekuatan yang dipegang 50 tahun yang lalu sudah patah hasil kerapuhan kepimpinan dan pentadbiran kerajaan sedia ada yang mementingkan kaum kerabat dan rakan. Tidak lagi memfokus kepada keperluan dan permintaan rakyat jelata. Itulah yang membawa kemusnahan besar Barisan Nasional. Sepatutnya, pemimpin yang ada sekarang perlu contohi kepimpinan Tan Sri Koh (KM-PP) yang begitu gentlemen menyerahkan kuasa kepada DAP. Tetapi lain jadinya kepada kepimpinan negeri lain seperti di Perak, Kedah dan Selangor. Mereka masih dengan ego mereka! Masih anggap mereka masih hebat dan berkuasa. Rakyat sudah pandai menilai, sudah 50 tahun. Satu tempoh yang panjang untuk mematangkan fikiran rakyat Malaysia.

Kini, anak beranak Tun sudah menjejaki langkah berani beliau. DS Sanusi jugak dikhabarkan mengikuti jejak tersebut. Namun, penulis tidak pasti berita ini benar atau tidak. Sesungguhnya ramai dikalangan ahli UMNO sendiri sudah muak dengan kepimpinan tertinggi cuma mereka masih takut untuk bersuara. Kenapa????? Adakah mereka sudah disogok awal untuk memberatkan lidah untuk berkata-kata dan kaki untuk melangkah? Sukar untuk dijelaskan secara berfakta, namun mereka diluar sana lebih tahu. Lebih memahami situasi sekarang. Kenapa susah sangat kepimpinan tertinggi untuk melepaskan jawatan tersebut? Adakah masih banyak agenda yang belum diselesaikan dan yang sememangnya mempunyai kepentingan kepada mereka.

Apa pun yang akan terjadi, penulis amat berharap yang Malaysia ini ditakbir dengan telus dan berhemat. Penulis tidak kisah siapa yang mentakbir, cuma cara mereka mentakbir yang menjadi isu dan pekara yang amat penting dalam memastikan Malaysia kekal negara berdaulat.

by suhaizam zahri 24th May 2008 Perai, Penang

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: