suhaizam

WPI, NCER, ZIPY & KPT

In Malaysia on August 8, 2007 at 5:36 am

Berdasarkan pembacaan penulis, NCER dan WPi merupakan strategi pembangunan ekonomi bedasarkan kluster. Definisi kulster ekonomi adalah menjurus kepada penekanan geografi dimana wujudnya sekumpulan syarikat/organisasi yang bersaing dengan menjalankan perniagaan secara bersama. 

Pembangunan kluster ini memerlukan kemudahan pengangkutan, perlabuhan, sistem percukaian, dan juga ia perlu disokong oleh sistem pendidikan, keusahawanan dan kemahiran yang secara langsung dapat memangkin pertumbuhan dan pembangunan kluster ekonomi tersebut. 

WPI dikatakan akan menjadi ”metropolis keilmuan dan kewibawaan” kepada Malaysia dan rantau ini. 

Walaupun secara lahiriahnya dapat kita lihat bahawa kawasan yang dibangunkan ini dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Namun, ia menimbulkan persoalan yang serius dikalangan individu yang banyak berfikir seperti penulis. 

Adakah wilayah-wilayah ini mampu menjana dan memangkin ekonomi seperti yang dirancang dan adakah ia mampu memberi manfaat sepenuhnya (secara total) kepada rakyat diwilayah tersebut? 

Hal ini perlu diselidik dengan teliti. Projek ini menelan belanja ratusan hingga ribuan juta ringgit dan memerlukan masa yang panjang seperti WPI yang dijangkakan dapat memberi manfaat sepenuhnya pasca tahun 2020. Itu 17 tahun lagi!. 

Apa yang akan diusahakan oleh kerajaan untuk menjana ekonomi pada tahun 2008?. Pembangunan tersebut sememangnya bagus tetapi rakyat memerlukan manfaat secepat yang mungkin. 

Apakah ”Agenda & Propaganda” yang dirancang oleh pihak kerajaan sebenarnya? Adakah menjana ekonomi atau memperkukuhkan pengaruh politik sedia ada. 

Melalui satu artikal yang dibaca penulis, strategi pembangunan WPI melibatkan pihak Singapura secara langsung. Adakah kerajaan sudah lupa dengan apa yang berlaku dan sedang berlaku dengan negara jiran tersebut. Ini merupakan satu strategi gila yang sepatutnya diselidik dengan teliti oleh kerajaan. Adakah ada kemungkinan ia melibatkan usaha yang berlandaskan kapitalis bagi tujuan mengaut keuntungan koporat Malaysia dan Singapura. 

Manakala NCER yang melibatkan empat buah negeri di sebelah utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (U). Pembangunan yang menelan pelaburan ratusan juta ini dikatakan dapat menjana dan memangkin ekonomi sedia ada dan baru. Selain itu, ia juga dapat menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya untuk rakyat dan para graduan yang ramai menganggur ketika ini. 

Penulis amat bersyukur kerana pembangunan yang diimpikan selama ini sudah ada didepan mata. Namun, adakah penulis dapat menjamah sedikit hasil tuaian NCER ini. 

Sebelum itu, Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan pembangunan Daerah Yan yang akan menfokus kepada loji penapisan minyak atau dikenali sebagai “ZIPY”. ZIPY atau Zon Industri Petroleum Yan yang dijangka bermula pada tahun ini atau tahun 2008 dijangkakan dapat menyedia 3000 peluang pekerjaan kepada penduduk disekitar Daerah Yan. Penulis merupakan penduduk di daerah tersebut. Dapatkah penulis melihat pembangunan yang dirancang ini? Bagaimana pula dengan nasib penduduk setempat yang terpaksa bergadai tanah dan tinggal dikawasan lain yang jauh dari “habitat” mereka. Ia memerlukan dan memaksa penduduk mengadaptasi persekitaran baru dan cuba untuk menyesuaikan diri supaya tidak menjadi mangsa pembangunan yang tidak kenal erti “Berhenti”.

Penulis amat prihatin terhadap kesan terhadap alam sekitar di daerah tersebut. Zon pembangunan yang dirancang diatas tanah sawah, sungai, hutan paya, dan laut yang dihuni manusia dan flora serta fauna ini semestinya akan terjejas. Pencemaran yang bakal berlaku seperti udara, air, dan bunyi sudah tentu tidak dapat dielakkan. Kawasan yang dulunya menjadi habitat pelbagai haiwan air dan darat seperti ikan, burung, ketam, siput serta serangga akan pupus dan menyumbang kepada gangguan ekosistem dan rantaian makanan.

Belakangan ini kita digemparkan dengan “Pemanasan Global” yang begitu memberi kesan buruk kepada suhu dan cuaca dunia. Lihat saja di Eropah dan Amerika yang mengalami pemansan melampau sehingga ada yang terkorban. Selain itu, negara tersebut juga selalu dilanda dengan taufan dan banjir besar yang melibatkan kerugian berbilion dolar. Manakala di Asia pula banjir menyerang segenap penjuru dan yang terkini melanda China, India, dan Bangladesh.  

Adakah ini akan melanda Daerah Yan yang damai ini. Itu ketentuan Tuhan. Hakikatnya, loji penapisan tersebut akan menyumbang sedikit sebanyak kepada pemanasan global. ~ szm~ 

Oleh Suhaizam Zahri 8 Ogos 2007 Sungai Petani, Kedah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: