suhaizam

Iran & “Azarakhsh”

In Iran on August 8, 2007 at 5:05 am

Azarakhsh (Lightning)

Iran pada ketika ini merupakan sebuah Negara Islam yang maju dari sudut persenjataan dan kelengkapan ketenteraannya. Adalah memalukan bagi Malaysia yang mempunyai pelbagai sumber dan tenaga manusia yang mempunyai pelbagai kepakaran tidak mampu mengeluarkan dan menjual persenjataan ketenteraan kepada pihak luar. 

Berdasar kepada pembacaan saya (penulis), akhbar kompak Kosmo keluaran 7 Ogos 2007 muka surat 52 telah melaporkan bahawa Iran sedang berusaha untuk mengeluarkan jet pejuangnya dalam skala industri. Hal ini memang mengejutkan kerana ia merupakan Negara Islam pertama yang mengeluarkan jet pejuang. 

Jet pejuang tersebut yang diberi nama ”Azarakhsh” telah melalui ujian pada tahun 2006 dan yang paling mengejutkan ia dihasilkan melalui teknologi yang dikutip daripada kompenan pesawat pejuang AS. Iran sudah melangkah maju dengan mengamalkan strategi dan pemikiran yang diamalkan oleh orang Jepun yang selama ini terkenal dengan strategi mereka menghantar rakyatnya untuk mempelajari ilmu dari barat dan membawa pulang ke Jepun. Hasilnya, keluarlah pelbagai jenama kereta dan motosikal. 

Nilai yang bakal diperolehi jika Iran menjualnya kepada 50 negara seluruh dunia dianggarkan RM 340 juta (AS$ 100 juta). 

Justeru, negara-negara Islam yang lain sepatutnya melihat pekara ini sebagai satu yang positif dan bergabung membentuk pakatan strategik dalam usaha menakutkan dan mengebalkan kedudukan mereka dari kuasa besar barat seperti UK, US, Perancis, Jerman, Rusia dan lain-lain lagi. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya, negara-negara Islam takut apabila melihat negara Islam yang lain berkuasa lebih. Sepatutnya mereka mengambil kesempatan tersebut untuk menyokong dan berlindung seperti apa yang dilakukan oleh Israel dan Amerika. ~szm~ 

Oleh Suhaizam Zahri8 Ogos 2007Sungai Petani, Kedahhttp://www.globalsecurity.org/military/world/iran/azarakhsh.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: