suhaizam

AS Ancaman Dunia

In Propaganda US on August 7, 2007 at 4:34 am

Presiden AS

Tindakan US (AS) menyelar Iran sebagai satu ancamna besar kepada dunia khasnya kepada Negara-negara Teluk merupakan satu agenda dan propaganda AS untuk mengaut keuntungan hasil penjualan senjata kepada Negara-negara tersebut.  

Menurut sebuah akhbar berbahasa Melayu bertarikh 7 Ogos 2007, ada menyebut bahawa Setiausaha Negara AS, Rice menyatakan pendirian AS bahawa Iran merupakan ancaman besar bagi Negara seperti Arab Saudi. Hasilnya, Negara Arab tersebut berkemungkinan besar akan membeli senjata dan peralatan ketenteraan dari Amerika Syarikat. 

Jika negara Arab mampu menilai sebaik mungkin usaha dan tindakan AS yang mengunakan kuasa mereka untuk men”CIPTA” fenomena atau senario bahawa Iran itu berbahaya, negara tersebut sememangnya sudah berjaya dalam konteks ketenteraan. Namun, kejahilan dan ketaksuban mereka terhadap kuasa besar itu telah merubah lanskap politik, sosial dan ketenteraan di seluruh dunia. 

Hakikatnya, pembelian membabi buta tanpa menyelidik sama ada ia menjadi keperluan atau sebaliknya akan memerangkap Arab Saudi dan negara Teluk yang lain. Ia juga secara langsung menguatkan ekonomi dan kewangan Amerika hasil pembelian yang bernilai berbillion dolar. 

Pembelian tersebut juga sememangnya akan menwujudkan satu perlumbaan senjata secara besar-besaran yang bukan setakat tertumpu di Negara Teluk tersebut tetapi ia akan merebak ke seluruh dunia. Dalam Utusan Malaysia hari ini, Iran sedang berusaha untuk mengeluarkan lebih jet perjuang. Kenyataan ini sememangnya akan memberi tekanan kepada sekutu Amerika dan AS sendiri akan memulakan ”Agenda Rahsia” mereka untuk menghancurkan Iran. 

Namun begitu, AS dan sekutunya seharusnya mengambil perhatian yang serius dengan berita terbaru ini. Hal ini kerana, ia membuktikan bahawa Iran bukan negara Arab yang lemah tetapi gah dan perkasa dari segenap sudut yang sememangnya kita tidak dapat melihatnya. Lihat saja tindakan Iran menangkap sekumpulan tentera sekutu AS iaitu Britian. Dari segi mata kasar kita melihat ia suatu tindakan yang akan mendatangkan musibah kepada Iran. Namun, setelah dikaji ia semestinya telah menguatkan Iran dan menbuka mata dunia yang hakikatnya IRAN sememangnya bijaksana. 

Presiden Iran

Dalam pada itu, Presiden Bush terkejut dengan kenyataan Hamid Karzai mengenail kenyataan beliau yang menyokong Iran dan menyatakan bahawa Iran merupakan kawan dan penyelesai banyak masalah yang berlaku di Afghanistan kebelakangan ini. Hal ini secara terangan menunjukkan Iran bukanlah pembawa kemusnahan dan kekacauan yang berlaku tetapi ia diwujudkan oleh AS dalam usaha untuk menakluk dunia. 

Kita yang tidak mempunyai kuasa untuk mengubah dunia ini hanya mampu melihat dan mencoret luahan hati dan pandangan yang sedikit sebanyak mampu mengubah cara dunia berfikir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: