suhaizam

Archive for August, 2007|Monthly archive page

AK-47 Gone In Iraq

In Iraq, Military, Propaganda US, World on August 25, 2007 at 10:54 am

AK-47

In February 2006, a has shoot a priest at church in Turkey. The gun that used by attacker is AK-47 with serial number FYX622.

investigation has made and they found out that the gun comes from Iraq under United State Mission. Gun had bought to Iraq for Baghdad’s Interior Ministry and Iraqi Police.

AK-47

AK-47 has become a black market hot item that contribute to vast violence in Iraq. Some reports say that some 190,000 of guns has been bought to Iraq with U.S money has gone missing since 2004.

AK-47

This situation shows that all violence occurred in Iraq is violence created by external power who are operate their base from nearest country or from remote places.

by suhaizam zahri 25th August 2007 Sungai Petani, Kedah

Advertisements

Russia Resume it Power and Glory

In Military, Russia, World on August 23, 2007 at 5:46 am

Putin 

Recently, Russian president, Vladimir Putin has declared that they will resume it power and glory to put back aircraft industry back on track. 

 Sukhoi 34Sukhoi 32

After 16 years collapsed of Soviet Union in 1991, Russian nowadays has put extra effort to concentrate on their core industry of making aircraft. This effort taken in order to diversified the national income. Putin has order all of Russian aircraft manufacturer to cooperate and setup a United Aviation Corporation (UAC) with injected capital of US$696.6 million (RM2.4 bilion). 

 MIG 29MIG 29MIG 29

Fighter aircraft such MIG-29 and Sukhoi-30 is the most successful military product made by Russian company. Malaysia is one of the customer. These aircraft has contributed about US$5 billion (RM 17.4 billion) in export. Indonesia has signed a contract to purchase six Sukhoi aircrafts at cost of US$ 300 million (RM1 billion). 

by Suhaizam Zahri 23 August 2007 Sungai Petani, Kedah

Causes of Global Warming

In Environment, Global Warming, World on August 21, 2007 at 3:38 am

Causes of Global Warming 

Activity Percent Contribution to Global Warming
Energy use and production 57%
Chlorofluorocarbons 17%
Agricultural Practices 14%
Changes in land use 9%
Other industrial activities 3%

   By Suhaizam Zahri 21st August 2007 Sungai Petani, Kedah  

Pemanasan Global (Global Warming)

In Environment, Global Warming, World on August 14, 2007 at 12:20 am

global_warming.jpg

Pengenalan 

Malaysia telah dikejutkan dengan banjir besar yang melanda Kota Tinggi, Johor pada Disember 2006. Ia melibatkan 100,000 mangsa dipindahkan dan kerajaan telah memperuntukkan RM 500 juta bagi pemulihan segala insfrastruktur yang telah rosak. 

Dalam pada itu, beberapa buah bandar dinegara ini mungkin akan  menjadi kawasan berair dalam tempoh 50 tahun lagi berikutan berada dibawah paras laut iaitu Klang, Miri dan Pekan.  

 321.jpg

Punca Pemanasan Global 

Pemanasan Global didorong/mangkin oleh “aktiviti manusia” yang rakus. Pemanasan yang berterusan ini telah mencairkan bongkah-bongkah ais dikawasan kutub pada setiap hari dan mengakibatkan peningkatan air laut diseluruh dunia. Adalah tidak mustahil jika beberapa bandar, negara dan pulau didunia bakal tengelam selamanya jika air laut terus meningkat. 

Selain itu, pemanasan global juga menyebabkan fenomena lain seperti kemarau, hujan lebat, taufan, banjir dan ombak besar berlaku dibeberapa bahagian bumi. 

Menurut Ahli Kaji Iklim (Climatologist), menyatakan pemanasan global bermula sejak 1800-an lagi. Manusia merupakan penyebab utama pemanasan global melalui aktiviti yang menghasilkan gas rumah hijau (greenhouse gases). Kesan rumah hijau ini memerlukan proses yang kompleks yang membabitkan cahaya matahari, gas, dan partikel di atmosfera. Gas tersebut akan memerangkap haba diatmosfera yang dikenali sebagai gas rumah hijau. 

 63.jpg

Aktiviti utama manusia adalah seperti:

a)   Pembakaran bahan api fosil (arang batu, minyak dan gas asli)

Pembakaran kebanyakannya dilakukan oleh kenderaan, kilang dan loji jana kuasa elektrik. Bahan api fosil membebaskan karbon dioksida (CO2) yang merupakan gas rumah hijau yang akan memperlahankan pembebasan haba ke atmosfera. 

b)    Pembersihan hutan dan tanah

Tumbuhan akan menggunakan CO2 untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis. Aktiviti pembersihan hutan dan kawasan tanah secara berleluasa akan menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau. Hal ini berlaku kerana semakin kurang tumbuhan yang menggunakan CO2 untuk proses fotosintesis. Jika masalah ini terus berlaku tanpa kawalan pihak berkuasa ia akan memburukan lagi keadaan semasa. 

c)    Proses semulajadi iaitu tenaga matahari yang berlebihan diterima oleh bumi. 

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada dekad 1990-an suhu bumi sudah mula meningkat. Pada tahun 2004 dan 2005 merupakan tahun yang paling panas sejak suhu bumi dicatatkan pada tahun1861. 

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, Amerika Syarikat (AS) merupakan pengeluar gas CO2 terbesar dunia (6.0005 bilion tan), China (5.017 bilion tan) dan Indonesia (3.014 bilion tan). 

 22.jpg

Kesan Pemanasan Global 

Hasil pemanasan global ini telah memberi kesan secara langsung kepada bumi dan hidupannya. Sebelum ini, kita ketahui bahawa negara seperti Afrika merupakan kawasan yang sebahagian besarnya diliputi kawasan gurun yang panas. Namun, baru-baru ini ia menerima kehadiran salji pada tahun 2006 (pertama sejak 25 tahun). Manakala Perancis mengalami panas melampau yang telah mengorbankan 29 penduduknya pada 2006. 

Sejak 100 tahun lalu, suhu atmosfera meningkat 1.1 farenheit (0.6 darjah celcius) manakala air laut naik sebanyak 10 sentimeter. Laporan PBB menyatakan pada tahun 2085, dijangkakan 25-40 peratus spesis flora dan fauna akan pupus atau kehilangan habitat akibat pemanasan global. 

 3214.jpg

Kesan Pemanasan Global menurut NASA 

Pemanasan global akan mengancam tumbuhan dan haiwan. Ia juga akan memaksa haiwan dan tumbuhan didarat untuk berpindah ke habitat baru. Kesan pencairan bongkah-bongkah ais dikutub yang telah menghasilkan fenomena peningkatan paras laut dan perubahan ini juga mengancam produktiviti dan tuaian hasil pertanian. 

a)     Ancaman Hidupan Laut

Pemanasan global menyebabkan air laut menjadi panas dan meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu karang. Peningkatan kepanasan juga membantu proses penyebaran penyakit yang akan mengancam hidupan laut. 

b)     Perubahan Habitat

Perubahan cuaca sama ada dari panas ke sejuk atau sebaliknya akan menyebabkan hidupan dibumi akan berpindah ke habitat atau lokasi baru. 

c)      Kerosakan Cuaca

Keadaan suhu yang ekstem dan kerap akan membawa kemusnahan. Perubahan bentuk taburan hujan akan merubah sama ada menyebabkan banjir atau kemarau. Taufan dan ribut tropika juga akan berlaku hasil perubahan cuaca dan suhu yang tidak konsisten. 

d)     Peningkatan Paras Laut

Suhu panas yang berterusan akan memecahkan bongkah-bongkah ais di Barat Artatika dan membawa kepada peningkatan suhu dan air laut. Kawasan pantai akan mengalami banjir, hakisan, kehilangan tanah lembab dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih. 

e)      Ancaman Kesihatan Manusia

Penyakit tropika seperti malaria dan denggi akan menular dengan mudah. Selain itu, katarak mata dan kanser kulit akan berlaku jika pendedahan kepada gelombang panas yang ekstrem dan untuk jangka panjang boleh menyebabkan kematian, kelaparan dan kekurangan zat makanan. 

f)        Perubahan Tuaian Makanan

Sesetengah kawasan dunia akan mengalami perubahan hasil tuaian pertanian sama ada meningkat atau sebaliknya. Rusia dikatakan akan memperoleh hasil pertanian yang lebih baik.  

 untitled1.jpg

Tindakan Mengatasi Pemanasan Global 

Perjanjian Kyoto yang ditandatangani di Kyoto, Jepun pada 1997 perlu dilaksanakan dengan lebih serius, cekap dan berkesan. 

Lebih dari 160 negara yang terlibat dengan draf perjanjian tersebut  yang menekankan kepada pengurangan pembebasan gas rumah hijau. Daripada jumlah itu, 38 buah negara industri perlu menghadkan pengeluaran CO2 dan gas rumah hijau yang lain. 

Pengharaman tersebut bermula pada 2008 hingga 2012. Setiap negara mempunyai sasaran pengeluaran CO2 yang berbeza. Namun, perjanjian ini tidak menyatakan pengharaman kepada negara membangun. Ia juga mengalakkan kerjasama dari semua negara membangun dalam usaha untuk mengurangkan pembebasan CO2 secara sukarela. 

Pada 2001, AS telah menolak usul Protokol Kyoto dengan alasan bahawa ia akan mengancam ekonomi AS. Tindakan AS ini merupakan tindakan yang menunjukkan bahawa Presiden Bush mementingkan diri dan kepentingan kapitalis mereka berbanding usaha untuk menyelamatkan bumi. Umum sudah tahu bahawa As penyumbang terbesar CO2 dan gas rumah hijau yang lain (melebihi 6 bilion tan). 

Adalah tidak wajar AS menolak terus Protokol Kyoto. Adalah lebih baik ia dikaji dan menunjukan sedikit sikap tolak ansur dalam mengatasi isu global yang membabitkan alam sekitar. Wal hal, jika isu berkaitan penjajahan dan peperangan AS hanya mengikut saja apa yang dikatakan oleh sekutunya tanpa memikirkan kesan jangka panjang keputusan tersebut. Ini menunjukkan bahawa isu pemanasan global bukan sebahagian dari program yang tercatat dalam kalendar George Bush. Mungkin kalendar tersebut sudah penuh dengan catatan perang dan strategi yang bertimbun-timbun helaiannya. 

Namun begitu, AS dalam usaha menenangkan pihak lain. Ia telah menyatakan sokongan untuk menangani masalah pemanasan global dengan mana-mana negara didunia. 

 3256.jpg

Ahli kaji Iklim sedang berusaha untuk mengatasi masalah pemanasan global ini iaitu 

a)      Menghadkan pembebasan CO2                                

 i.            Mengantikan bahan api fosil dengan sumber tenaga yang tidak menghasilkan O2.                             

  ii.            Menggunakan bahan api fosil dengan lebih cekap. Bahan api yang tidak mengeluarkan CO2 termasuklah angin, cahaya matahari, dan stim (wap) bawah tanah.

b)      Memencilkan CO2 Menghalang CO2 dari memasuki ruang atmosfera atau membuang CO2 yang sudah berada disitu.                                

 i.            Penyimpanan bawah air atau bawah tanah.Penyimpanan dalam air atau bawah tanah membabitkan penyuntikan CO2 ke dalam formasi geologik bawah tanah atau lautan. Laut mampu untuk menyimpan lebih banyak CO2 namun ia masih lagi dalam kajian supaya ia tidak mendatangkan kesan negatif terhadap persekitaran ekosistem laut.                              

 ii.            Penyimpanan dalam tumbuhan hidup.Tumbuhan hijau mampu menyerap CO2 dari atmosfera apabila ia membesar. Ia mengabungkan karbon dari CO2 dengan hydrogen untuk menghasilkan gula yang disimpan didalam tisu tumbuhan tersebut. Tumbuhan yang mati akan membebaskan CO2. Oleh itu, penebangan hutan dan tumbuhan yang mati secara langsung akan membebaskan CO2 dari tisu tumbuhan tersebut dan kekurangan tumbuhan baru yang hidup akan menyebabkan pertambahan dan lambakan CO2 di ruang atmosfera bumi. 

Kesimpulan 

Setelah kitamenyaksikan pelbagai fenomena dan insiden yang berlaku kebelakangan ini, kita patut sedar bahawa bumi yang kita duduki ini sudah menjangkau usia tuanya dan ia perlu diperlihara dan dijaga supaya dapat terus hidup untuk membolehkan segala hidupan diatasnya bernyawa.  

Namun, segala harapan dan usaha yang diperjuangkan tidak menanpakkan sokongan yang kuat oleh sebahagian besar penghuni bumi. Mereka lebih mementingkan kehidupan materialistik dan keuntungan kapitalis bagi menjamin kelangsungan untuk hidup mewah. Adakah mereka dapat kita dapat terus hidup dengan senang jika asas atau habitat kita sendiri dalam keadaan goyah. Kita kini seperti ”tikus dan labu” yang akhirnya memakan diri sendiri. 

Walaupun begitu, sokongan tetap diberikan kepada pertubuhan seperti Greenpeace Organisation yang begitu komited dan bersemangat untuk memperjuangkan isu pemanasan global ini diseluruh dunia. Pekara ini sepatutnya dipandang mulia dan perlu diberi perhatian oleh mana-mana pihak iaitu kerajaan, badan berkanun, pertubuhan NGO dan individu yang mahu terus hidup diatas bumi yang kita cintai ini. ~szm~

by Suhaizam Zahri 16 August 2007 Sungai Petani, Kedah

Gun-Toting Sentry Robot

In South Korea on August 9, 2007 at 5:39 am

untitled.jpg

Recently, South Korea has announced new weapon cum guard (robot) and called it as “Gun-Toting Sentry Robot”. This robot could support troops patrolling the heavily-fortified border with North Korea.

Tracking

Able to distinguishes between humans, cars or trees at 2 km (day) and 1 km (night) 

Weapon Interface

Fire rifles or light machine gun and has anti-theft alarm. 

Surveillance

Spots moving objects up to 4 km (day) and 2 km (night). 

Price

US$200, 000 (RM680, 000) 

Developer

Samsung

medium.jpg

South Korea Government injected about 100 billion Won (RM360 Billion) into this industry every year since 2004. Korea Government project involving in developing software and technological standard for robot models which are compatible with communications networks and electronics equipment. 

Behind all this latest and advanced technologies, what can we expect from South Korea for betterment of world peace? How can this robotic machine able to save human kind from war madness or terrorism attack? 

The agenda is simple, “Money, Money, & Power”. If South Korea able to produce that robot in mass scale production, obviously it will inject lot of money into South Korea. Why? Because It all about war and military business that so lucrative to nation who has expertise and power.  

Here I want to ask a simple question. Why Malaysian unable to produce such technologies for at least something in small scale. As far as I know, Malaysia has more than 20 public and private colleges and universities that for sure Malaysia able to produce something beneficial to it peoples.  

Malaysia does a lot of program that wasting much of tax payer money. Using slogan of “Malaysia Boleh” and “World Record” to establish the name of “Malaysia”. Those program such as Antarctica Expedition, Everest Expedition, North Pole Expedition and etc program which using slogan to promote Malaysia in the eyes of the world is totally wasting. Why don’t Malaysia invest the entire fund to something beneficial to Malaysia and it peoples? 

Why don’t they give all the money to people who really need it for example poor, disabilities, and to any NGO’s who need money to run their programs?  

Lastly, world as we can see today are getting worse with war, poverty, natural disaster, environmental issues, and much more. We need only one thing in mind. Creative thinking and strategic negotiation and resolution in any matter.  

by Suhaizam Zahri 9 August 2007 Sungai Petani, Kedah 

Azarakhsh

In Iran on August 9, 2007 at 5:03 am

azarakhsh-pic1.jpg

Azarakhsh is the new beginning of Iran Revolution in which bring the meaning of “Lightning” for Iran fighter plane.

Iran has manipulated and modified the Azarakhsh technology from F-4 & F-5 fighter aircraft from US. It is said to be a 10 to 15 percent larger than the F-5. In April 1997, Iranian Brigadier General Arasteh, a deputy head of the General Staff of the Armed Forced claimed that Iran had successfully designed, constructed and tested the Azarakhsh. 

In 2000, Iran already has four examples of the Azarakhsh. As in 2001, the number of inventory increased to six of them and Iran believe that they will have about 30 aircrafts over the following three years. 

According to latest news, Iran will produce Azarakhsh in industrial scale (mass production) after successfully tested since 1997. 

Azarakhsh fighter plane is believed able to reach it cruising speed of Mach 1.6 and range of 600 km.   

By Suhaizam Zahri 9 August 2007 Sungai Petani, Kedah

WPI, NCER, ZIPY & KPT

In Malaysia on August 8, 2007 at 5:36 am

Berdasarkan pembacaan penulis, NCER dan WPi merupakan strategi pembangunan ekonomi bedasarkan kluster. Definisi kulster ekonomi adalah menjurus kepada penekanan geografi dimana wujudnya sekumpulan syarikat/organisasi yang bersaing dengan menjalankan perniagaan secara bersama. 

Pembangunan kluster ini memerlukan kemudahan pengangkutan, perlabuhan, sistem percukaian, dan juga ia perlu disokong oleh sistem pendidikan, keusahawanan dan kemahiran yang secara langsung dapat memangkin pertumbuhan dan pembangunan kluster ekonomi tersebut. 

WPI dikatakan akan menjadi ”metropolis keilmuan dan kewibawaan” kepada Malaysia dan rantau ini. 

Walaupun secara lahiriahnya dapat kita lihat bahawa kawasan yang dibangunkan ini dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Namun, ia menimbulkan persoalan yang serius dikalangan individu yang banyak berfikir seperti penulis. 

Adakah wilayah-wilayah ini mampu menjana dan memangkin ekonomi seperti yang dirancang dan adakah ia mampu memberi manfaat sepenuhnya (secara total) kepada rakyat diwilayah tersebut? 

Hal ini perlu diselidik dengan teliti. Projek ini menelan belanja ratusan hingga ribuan juta ringgit dan memerlukan masa yang panjang seperti WPI yang dijangkakan dapat memberi manfaat sepenuhnya pasca tahun 2020. Itu 17 tahun lagi!. 

Apa yang akan diusahakan oleh kerajaan untuk menjana ekonomi pada tahun 2008?. Pembangunan tersebut sememangnya bagus tetapi rakyat memerlukan manfaat secepat yang mungkin. 

Apakah ”Agenda & Propaganda” yang dirancang oleh pihak kerajaan sebenarnya? Adakah menjana ekonomi atau memperkukuhkan pengaruh politik sedia ada. 

Melalui satu artikal yang dibaca penulis, strategi pembangunan WPI melibatkan pihak Singapura secara langsung. Adakah kerajaan sudah lupa dengan apa yang berlaku dan sedang berlaku dengan negara jiran tersebut. Ini merupakan satu strategi gila yang sepatutnya diselidik dengan teliti oleh kerajaan. Adakah ada kemungkinan ia melibatkan usaha yang berlandaskan kapitalis bagi tujuan mengaut keuntungan koporat Malaysia dan Singapura. 

Manakala NCER yang melibatkan empat buah negeri di sebelah utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (U). Pembangunan yang menelan pelaburan ratusan juta ini dikatakan dapat menjana dan memangkin ekonomi sedia ada dan baru. Selain itu, ia juga dapat menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya untuk rakyat dan para graduan yang ramai menganggur ketika ini. 

Penulis amat bersyukur kerana pembangunan yang diimpikan selama ini sudah ada didepan mata. Namun, adakah penulis dapat menjamah sedikit hasil tuaian NCER ini. 

Sebelum itu, Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan pembangunan Daerah Yan yang akan menfokus kepada loji penapisan minyak atau dikenali sebagai “ZIPY”. ZIPY atau Zon Industri Petroleum Yan yang dijangka bermula pada tahun ini atau tahun 2008 dijangkakan dapat menyedia 3000 peluang pekerjaan kepada penduduk disekitar Daerah Yan. Penulis merupakan penduduk di daerah tersebut. Dapatkah penulis melihat pembangunan yang dirancang ini? Bagaimana pula dengan nasib penduduk setempat yang terpaksa bergadai tanah dan tinggal dikawasan lain yang jauh dari “habitat” mereka. Ia memerlukan dan memaksa penduduk mengadaptasi persekitaran baru dan cuba untuk menyesuaikan diri supaya tidak menjadi mangsa pembangunan yang tidak kenal erti “Berhenti”.

Penulis amat prihatin terhadap kesan terhadap alam sekitar di daerah tersebut. Zon pembangunan yang dirancang diatas tanah sawah, sungai, hutan paya, dan laut yang dihuni manusia dan flora serta fauna ini semestinya akan terjejas. Pencemaran yang bakal berlaku seperti udara, air, dan bunyi sudah tentu tidak dapat dielakkan. Kawasan yang dulunya menjadi habitat pelbagai haiwan air dan darat seperti ikan, burung, ketam, siput serta serangga akan pupus dan menyumbang kepada gangguan ekosistem dan rantaian makanan.

Belakangan ini kita digemparkan dengan “Pemanasan Global” yang begitu memberi kesan buruk kepada suhu dan cuaca dunia. Lihat saja di Eropah dan Amerika yang mengalami pemansan melampau sehingga ada yang terkorban. Selain itu, negara tersebut juga selalu dilanda dengan taufan dan banjir besar yang melibatkan kerugian berbilion dolar. Manakala di Asia pula banjir menyerang segenap penjuru dan yang terkini melanda China, India, dan Bangladesh.  

Adakah ini akan melanda Daerah Yan yang damai ini. Itu ketentuan Tuhan. Hakikatnya, loji penapisan tersebut akan menyumbang sedikit sebanyak kepada pemanasan global. ~ szm~ 

Oleh Suhaizam Zahri 8 Ogos 2007 Sungai Petani, Kedah

Iran & “Azarakhsh”

In Iran on August 8, 2007 at 5:05 am

Azarakhsh (Lightning)

Iran pada ketika ini merupakan sebuah Negara Islam yang maju dari sudut persenjataan dan kelengkapan ketenteraannya. Adalah memalukan bagi Malaysia yang mempunyai pelbagai sumber dan tenaga manusia yang mempunyai pelbagai kepakaran tidak mampu mengeluarkan dan menjual persenjataan ketenteraan kepada pihak luar. 

Berdasar kepada pembacaan saya (penulis), akhbar kompak Kosmo keluaran 7 Ogos 2007 muka surat 52 telah melaporkan bahawa Iran sedang berusaha untuk mengeluarkan jet pejuangnya dalam skala industri. Hal ini memang mengejutkan kerana ia merupakan Negara Islam pertama yang mengeluarkan jet pejuang. 

Jet pejuang tersebut yang diberi nama ”Azarakhsh” telah melalui ujian pada tahun 2006 dan yang paling mengejutkan ia dihasilkan melalui teknologi yang dikutip daripada kompenan pesawat pejuang AS. Iran sudah melangkah maju dengan mengamalkan strategi dan pemikiran yang diamalkan oleh orang Jepun yang selama ini terkenal dengan strategi mereka menghantar rakyatnya untuk mempelajari ilmu dari barat dan membawa pulang ke Jepun. Hasilnya, keluarlah pelbagai jenama kereta dan motosikal. 

Nilai yang bakal diperolehi jika Iran menjualnya kepada 50 negara seluruh dunia dianggarkan RM 340 juta (AS$ 100 juta). 

Justeru, negara-negara Islam yang lain sepatutnya melihat pekara ini sebagai satu yang positif dan bergabung membentuk pakatan strategik dalam usaha menakutkan dan mengebalkan kedudukan mereka dari kuasa besar barat seperti UK, US, Perancis, Jerman, Rusia dan lain-lain lagi. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya, negara-negara Islam takut apabila melihat negara Islam yang lain berkuasa lebih. Sepatutnya mereka mengambil kesempatan tersebut untuk menyokong dan berlindung seperti apa yang dilakukan oleh Israel dan Amerika. ~szm~ 

Oleh Suhaizam Zahri8 Ogos 2007Sungai Petani, Kedahhttp://www.globalsecurity.org/military/world/iran/azarakhsh.htm

AS Ancaman Dunia

In Propaganda US on August 7, 2007 at 4:34 am

Presiden AS

Tindakan US (AS) menyelar Iran sebagai satu ancamna besar kepada dunia khasnya kepada Negara-negara Teluk merupakan satu agenda dan propaganda AS untuk mengaut keuntungan hasil penjualan senjata kepada Negara-negara tersebut.  

Menurut sebuah akhbar berbahasa Melayu bertarikh 7 Ogos 2007, ada menyebut bahawa Setiausaha Negara AS, Rice menyatakan pendirian AS bahawa Iran merupakan ancaman besar bagi Negara seperti Arab Saudi. Hasilnya, Negara Arab tersebut berkemungkinan besar akan membeli senjata dan peralatan ketenteraan dari Amerika Syarikat. 

Jika negara Arab mampu menilai sebaik mungkin usaha dan tindakan AS yang mengunakan kuasa mereka untuk men”CIPTA” fenomena atau senario bahawa Iran itu berbahaya, negara tersebut sememangnya sudah berjaya dalam konteks ketenteraan. Namun, kejahilan dan ketaksuban mereka terhadap kuasa besar itu telah merubah lanskap politik, sosial dan ketenteraan di seluruh dunia. 

Hakikatnya, pembelian membabi buta tanpa menyelidik sama ada ia menjadi keperluan atau sebaliknya akan memerangkap Arab Saudi dan negara Teluk yang lain. Ia juga secara langsung menguatkan ekonomi dan kewangan Amerika hasil pembelian yang bernilai berbillion dolar. 

Pembelian tersebut juga sememangnya akan menwujudkan satu perlumbaan senjata secara besar-besaran yang bukan setakat tertumpu di Negara Teluk tersebut tetapi ia akan merebak ke seluruh dunia. Dalam Utusan Malaysia hari ini, Iran sedang berusaha untuk mengeluarkan lebih jet perjuang. Kenyataan ini sememangnya akan memberi tekanan kepada sekutu Amerika dan AS sendiri akan memulakan ”Agenda Rahsia” mereka untuk menghancurkan Iran. 

Namun begitu, AS dan sekutunya seharusnya mengambil perhatian yang serius dengan berita terbaru ini. Hal ini kerana, ia membuktikan bahawa Iran bukan negara Arab yang lemah tetapi gah dan perkasa dari segenap sudut yang sememangnya kita tidak dapat melihatnya. Lihat saja tindakan Iran menangkap sekumpulan tentera sekutu AS iaitu Britian. Dari segi mata kasar kita melihat ia suatu tindakan yang akan mendatangkan musibah kepada Iran. Namun, setelah dikaji ia semestinya telah menguatkan Iran dan menbuka mata dunia yang hakikatnya IRAN sememangnya bijaksana. 

Presiden Iran

Dalam pada itu, Presiden Bush terkejut dengan kenyataan Hamid Karzai mengenail kenyataan beliau yang menyokong Iran dan menyatakan bahawa Iran merupakan kawan dan penyelesai banyak masalah yang berlaku di Afghanistan kebelakangan ini. Hal ini secara terangan menunjukkan Iran bukanlah pembawa kemusnahan dan kekacauan yang berlaku tetapi ia diwujudkan oleh AS dalam usaha untuk menakluk dunia. 

Kita yang tidak mempunyai kuasa untuk mengubah dunia ini hanya mampu melihat dan mencoret luahan hati dan pandangan yang sedikit sebanyak mampu mengubah cara dunia berfikir.