Dari segi perspektif sosial dan budaya bangsa Melayu adalah amat luas. BangsaMelayu tidak hanya terbatas kepada penduduk yang bermastautin di Semejanjung sahaja bahkan meliputi Gugusan Kepulauan Melayu atau Nusantara serta ratusan pulau-pulau yang membentuk negara-negara seperti Indonesia dan Filipina ketika ini.
Hasil dari kedudukan yang berselerak ini, maka wujudlah pecahan suku bangsa dlm Melayu. Pecahan ini juga menghasilkan pelbagai bahasa dan loghat pertuturan dalam kegiatan harian. Oleh yang demikian, jika dilihat dari sudut pecahan kepada suku-suku kaum dan kawasan, ia secara langsung menunjukkan bahawa keturunan Melayu ini adalah antara kelompok bangsa yang besar di dunia.
Pepecahan ini dimangkin pula oleh kedatangan penjajah dari Barat yang mula melakukan pensempadanan politik dan wujudnya sempadan politik ini telah memisahkan orang-orang keturunan Melayu di Nusantara ini ke dalam lingkungan negeri berasingan.
Penjajah Barat seperti Sepanyol telah mengusai pulau-pulau yang kini negara Filipina, Belanda pula menguasai kepulauan yang kini Indonesia dan British menjajah dan mengusai negeri-negeri Melayu yang kini dipanggil Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak).
Hasil pensempadanan politik ini telah mewujudkan bangsa yang baru iaitu Melayu Filipina dipanggil orang Filipina, keturunan Melayu Indonesia dipanggil orang Indonesia. Pepecahan ini telah sedikit sebanyak melupakan orang-orang keturunan Melayu itu tentang sejarah keturunan mereka dan apabila tali persaudaraan ini dipisahkan secara teliti oleh penjajah, maka dengan mudahnya penjajah menguasai tanah-tanah di Nusantara pada ketika itu dan pada ketika ini juga hubungan antara negara (Keturunan Melayu) menjadi sesuatu yang asing. Iaitu speperti tidak ada kaitan pada masa silam dari segi ketuturunan.
Rumusan: SZM 2010
Sumber:
Syed Husin Ali. (2008). Orang Melayu: Masalah dan masa depan. Kuala Lumpur: Harakah