Menurut buku penulisan Syed Husin Ali, selepas Perang Dunia II pemimpin seperti Dr. Burhanuddin serta Tan Cheng Lock menyarankan supaya rupa bentuk bangsa untuk semua penduduk di Semenanjung dinamakan “Melayu” saja. Faktor yang menyebabkan saranan ini tidak mendapat tempat kerana gerakkan politik mereka tidak mendapat kuasa.
Setelah Persekutuan Tanah Melayu berjaya ditubuhkan pada 1948, istilah “Malayan” diguna pakai sebagai rupa bangsa ketika itu. Walaupun istilah tersebut digunakan sebagai merujuk kepada Bangsa Malaya ketika itu sedikit pun tidak berjaya. Hal ini kerana, Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa merupakan entiti yang berbeza. Pekara ini tidak akan menjadi realiti jika setiap borang yang kita isi seperti borang di jabatan kerajaan mahupun swasta masih lagi merujuk “Bangsa” diruang [Race], kenapa tidak diletakkan “Keturunan” .
Apabila Malaysia dibentuk dan istilah tersebut jugak berubah menjadi “Malaysian” tetapi ia lebih merujuk kepada warganegara Malaysia bukan merujuk kepada Bangsa Malaysia seperti sepatunya. Mungkin penduduk Malaysia masih belum memahami kepentingan penakrifan ini. Adalah lebih baik ia dirujuk dengan istilah “Bangsa Malaysia” dan kesan penakrifan ini penting dalam menanam jati diri terhadap bangsa dan negara. Namun, penakrifan ini masih tidak menampakkan sebarang hasil yang ketara kerana penduduk masih merujuk diri mereka sebagai bangsa Melayu, Bangsa Cina, Bangsa India, dan lain-lain.
Melalui pemerhatian, pembentukan sesebuah bangsa didunia memerlukan jangka masa yang lama dan usaha yang jitu dari segenap sudut. Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum semestinya memerlukan masa yang lebih panjang untuk memberi ruang kepada setiap kaum membuyka minda dan menerima konsep Bangsa Malaysia.
Menurut Syed Husin Ali, adalah lebih sesuai jika kumpulan Melayu, Cina dan India itu tidak disebut sebagai bangsa atau bangsa-bangsa kecil tetapi dirujuk sebagai kumpulan kaum atau etnik sahaja.
Ulasan : SZM
Sumber:
Syed Husin Ali. (2008). Orang Melayu: Masalah dan masa depan. Kuala Lumpur: Harakah