suhaizam

Teknik Untuk Seorang Pengurus Berjaya

In Management / Pengurusan on May 10, 2009 at 8:50 am

Buku 555 – Catatan Tugas Penting

Seseorang yang ingin berjaya perlu ada teknik catatan yang berkesan dalam urusan harian. Tanpa teknik dan media yang betul anda akan kehilangan masa dan urusan penting dalam sesuatu hari. Oleh itu, teknik catatan yang berkesan amatlah penting dan perlu. Walaupun teknik ini nampak remeh tetapi ia akan mengubah perjalanan hidup dan urusan harian anda. Anda akan mendapati perjalanan harian anda sebagai sesuatu yang baru dan anda akan berasa teruja untuk melakukannya lagi untuk esok hari. Keadaan ini saya pernah alami dan ia sangat mengagumkan dan menjadikan aktiviti harian saya teratur dan cekap, tidak lagi terlupa temujanji dan aktiviti penting hari itu dan hari-hari seterusnya.

Saya cadangkan kepada anda supaya membeli “Buku 555” yang senonim dengan buku hutang dikalangan peniaga kecil. Untuk aktiviti ini anda hanya perlu luangkan masa lebih kurang 10 minit setiap hari sebelum tugas anda tamat pada hari tersebut. Dalam tempoh ini, anda perlu menyemak kembali apa yang anda perlu buat pada keesokan hari dan apa urusan yang telah anda selesaikan pada hari tersebut.

Tanya diri anda apa yang anda telah lupa, apa yang telah anda lakukan dan apa yang perlu buat pada esok hari. Setelah anda mendapat hasilnya, keluarkan buku 555 tersebut dan catatkan tarikh esok dan tuliskan aktiviti penting untuk esok hari. Setelah selesai, simpan buku tersbeut dalam kocek atau saku anda. Saya selalunya mengecop tarikh bagi setiap helai untuk tempoh sebulan kerana ia memudahkan saya untuk membuat catatan aktiviti mendatang dan ia ternyata lebih berkesan.

Keesokan hari, pekara pertama yang perlu anda buat adalah dengan membuka buku tersebut dan lihat apa yang perlu anda lakukan  untuk hari itu. Jika anda tidak dapat siapkan pada hari itu, bawa pekara itu ke hari esoknya dan pastikan ia dapat disiapkan pada esok harinya. Hal ini supaya anda sentiasa mengingati pekara tersebut dan menjadikan anda seorang yang cekap dan berjaya dalam pengurusan kerja.

Buku Catatan – Pekara Harian Yang Berlaku

Catatan  adalah penting bagi seseorang individu yang mahukan kelainan dan keberkesanan dalam aktiviti hariannya. Kenapa catatan ini penting dalam kehidupan seharian kita. Bagi saya ia penting kerana dapat memberi panduan untuk aktiviti kita pada keesokan harinya. Bagaimana ia boleh memberi kesan yang penting kepada kita?

Jika anda merupakan seorang pegawai atau pengurus sesebuah organisasi dan mempunyai orang bawahan yang memerlukan perhatian dan tunjuk ajar anda. Bagaimana anda hendak melakukanya dengan lebih efektif dan efisien? Ya, penyelesaian terbaik adalah dengan mencatat segala pekara yang anda anggap perlu untuk diperbaiki. Sebagai contoh; jika anda melihat seorang pekerja melakukan pekara yang salah setiap hari dan pada masa itu terdapat ramai pekerja lain dan anda tidak mahu beliau tersinggung dengan teguran anda. Justeru, anda mencatatkan pekara tersebut dan memanggil beliau ke bilik untuk menerangkan pekara tersebut. Anda menerangkan dengan lengkap tarikh dan masa pekara itu dilakukan. Pekerja tersebut akan mendapati anda merupakan pengurus yang cekap kerana mampu mengetahui masa dan tarikh yang tepat.

Terdapat contoh lain yang menarik iaitu seorang pekerja selalu ditegur oleh pengurusnya dan belaiu telah mencatatkan tiga pekara yang selalu ditegur oleh pengurus tersebut. Pada suatu hari, pekerja tersebut telah berjumpa dngan pengurusnya dan bertanyakan kenapa beliau selalu ditegur atas tiga pekara tersebut dan meminta penjelasan dari pengurusnya. Amatlah terkejut apabila pengurus tersebut tidak dapat memberi justifikasi kenapa tiga pekara tersebut selalu ditegur. Akhirnya, pengurus beliau meminta maaf atas hal tersebut.

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, kita dapat lihat bahawa sesuatu catatan mempunyai kuasa tersendiri dan penting dalam kerja seharian.

Individu yang sentiasa mencatat merupakan orang yang sensitif, peka dan terurus. Individu ini akan lebih berjaya dan perjalanan harian mereka akan lebih teratur dan berjaya.

Kertas Catatan – Menulis Cita-Cita

Bagi individu yang begitu mementingkan masa depan dan mempunyai cita-cita yang perlu dicapai apabila dia dewasa, mereka selalu akan mencatatkan pekara tersebut. Kenapa mereka mencatatkanya?

Sebenarnya, tujuan catatan tersebut sebagai kaedah untuk sentiasa mengingati tentang cita-citanya. Jika anda menulis cita-cita / impian anda atas sehelai kertas dan melekatkanya di dinding bilik atau disiling bilik tidur anda supaya anda dapat melihat cita-cita anda tersebut sebelum anda melelapkan mata adalah kaedah yang berkesan. Anda akan sentiasa mengingatinya dan cuba untuk mencapainya dengan melakukan  pekara yang berkaitan hal tersebut. Ada juga menyimpan kertas tersebut didalam dompet atau kocek sebagai pembakar semangat untuk mengejar cita-cita tersebut.

Bagaimana catatan tersebut boleh mendorong anda berjaya mencapainya? Adakah anda tahu bahawa Sesuatu penulisan itu boleh menjadi kuasa ajaib untuk menukar pemikiran otak kita untuk mencapai pekara itu dan menulis cita-cita / impian diatas sehelai kertas akan menjadi pengerak untuk mengantikan impian tersebut menjadi kenyataan? Ya, ia berlaku.!

Justeru, bacalah cita-cita / impian anda sebelum anda tidur supaya ia kekal segar dalam pemikiran anda. Pada hari berikutnya, fikirkan dan lakukan sesuatu yang boleh menolong anda mencapainya. Lakukanya sehingga anda berjaya mencapainya.

Apabila seseorang manusia itu cuba untuk mengejar cita-citanya, cita-cita itu sendiri akan datang kepadanya dan dia akan berjaya.

Bersambung…

Oleh Suhaizam Zahri

11hb Mei 2009

1647

Merbok,  Kedah

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: