suhaizam

Sungai Petani, Bandar Membangun 2009

In History, Kedah, Malaysia on December 12, 2008 at 3:01 pm

Kedah Darul Aman, merupakan kerajaan yang tertua di Asia Tenggara dan masih wujud sehingga kini. Negeri ini berkembang melalui hasil perdaganggan dan pertanian yang ketika itu pesat mambangun di Lembah Bujang dan kawasan sekitarnya seperti Sungai Emas, di Kuala Muda. 

Bukti penemuan seperti artifak sejarah yang kini disimpan rapi di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok menjadi bahan rujukan segenap individu yang ingin mandalami sejarah penubuhan sebuah kerajaan tertua.

Negeri Kedah meliputi kawasan seluas 3600 batu persegi.  Iaitu 101 batu dari  Utara ke Selatan, manakala dari Timur ke Barat pula adalah 64 batu persegi.

Kedah juga terkenal dengan sejarah Mahsuri yang berlaku di Langkawi. Namun, kini Langkawi mampu tersenyum megah selepas sumpahan Mahsuri itu hilang. Langkawi berkembang pesat hasil usaha membangunkanya oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.  Pulau  Langkawi kini terkenal dipelusok dunia dengan Sejarah Mahsuri,  keindahan kepulauannya, kepesatan pembangunan, pengiktirafan kawasan eco-park dan penganjuran pelbagai aktiviti dan program antarabangsa seperti Le Tour de Langkawi, Langkawi Motor Show dan LIMA.

Sungai Petani pada ketika dahulu hanyalah sebuah pekan kecil yang dihubungi oleh sungai yang kini boleh dilihat dari Stesen Bas Tempatan. Ia berkembang melalui hasil perdaganggan dan pertanian. Kedudukan Sungai Petani yang strategik iaitu mempunyai jaringan sungai yang terus ke laut dan jalan perhubungan yang sistematik hingga ke Pulau Pinang menjadikan Sungai Petani membangun dengan pantas berbanding Alor Setar.

Perkembagan ini didorong oleh pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang dihubungi melalui susur keluar selatan dan utara. Selain itu, pembinaan Jalan Lencongan Barat & Timur menjadi penjana ekonomi dan kelancaran lalulintas di daerah ini. Kini penduduk disini tidak pelu lagi melalui kawasan pusat bandar untuk ke destinasi setempat. Mereka kini boleh menggunakan altenatif yang ada iaitu  jalan lencongan. 

Selain itu, pembinaan Jambatan Semeling dalam tahun 1995 (tidak pasti) telah memendekkan waktu perjalanan ke Bandar Sungai Petani. Jika dibandingkan sebelum ini. Penduduk terpaksa melalui Pekan Bedong untuk ke Sungai Petani. Disini dapat dilihat bahawa perancangan bandar yang sistematik dan cekap telah menaikkan taraf hidup dan kedudukan bandar ini yang kini antara  bandar yang pesat membangun di Malaysia.

Jika dibandingkan sepuluh tahun yang lalu. Bandar ini dianggap bandar biasa saja. Kini ia mempunyai Taman Perumahan dan Bandar baru yang paling banyak jika dibandingkan dengan Alor Setar.  Sebagai contoh Bandar Puteri Jaya, Bandar Amanjaya, dan beberapa bandar  lain. Perumahan kini telah berkembang hingga ke kawasan kampung seperti Semeling,  Merbok dan Bujang.  Kawasan ini yang dahulunya hanyalah kampung bekas lombong dan estet getah telah betukar menjadi hutan konkrit. Kawasan pedalaman yang lain seperti Sik, Baling, dan Kuala Ketil telah berkembang dengan aktiviti ekonomi seperti getah, kelapa sawit dan perindustrian berat seperti balak dan papan lapis. Selain itu, aktiviti pertanian juga pesat berkembang hasil insentif kerajaan.

Tidak terlupa juga, bandar ini juga mempunyai hotel yang banyak. Bermula dari hotel budget hinggalah 4 bintang. Perkembangan hotel ini dipengaruhi oleh perkembangan bandar-bandar baru dan aktiviti ekonomi semasa. Jika dilihat pada hujung minggu, kebanyakan hotel sudah penuh ditempah. Antara hotel yang terkenal adalah Northern Lodge, park Avenue, Emerald Puteri, Swiss Inn dan Sp Inn.

Sesebuah bandar tidak lengkap tanpa pusat membeli belah. Sungai Petani kini dibanjiri pelbagai  pusat membeli belah terkenal seperti Tesco (2 caw), Giant, Central Square, Village Mall, Econsave, Gmart, Parkson, The Store, Sp Plaza dan pelbagai lagi.

Pertubuhan ini tidak akan tercapai tanpa penglibatan industri perkilangan di Kawasan Perindustrian Bakar Arang. Kawasan ini berjaya mencipta dan memberi peluang perkerjaan yang memcukupi kepada penduduk sekitar dan menjana ekonomi tempatan. Melalui beberapa sumber yang boleh dipercayai, mulai beberapa bulan yang lalu. Kebanyakan syarikat dan ahli perniagaan dari luar Kedah telah datang melabur dan menjalankan perniagaan disini. Menurut mereka, Sungai Petani adalah lubuk emas pada ketika ini.

bersambung….

by suhaizam zahri 12th December 2008 Merbok, Kedah

  1. menarik artikel ini… bl nak sambung… klau ada bahan blh ttg perindustrian di sg petani blh tlg send ke email ct_mariahghazali@yahoo.com k. tq

  2. Baguslah artikel ini. Memang bangga dengan pembangunan di Sungai Petani. Semoga harap
    Sungai Petani menjadi destinasi pelancongan
    yang menrik.

  3. SP byk tmn perumahan tp byk yg tak terjual jika dibandingkan dgn alor setar…di alor setar, rumah laris hingga tiada kekosongan(saudara boleh semak dgn kem.perumahan).
    Mungkin saudara belum melihat perkembangan kws baru seperti bandar mergong jaya (starcity) dan juga yg terbaru stargate…juga pembukaan bandar baru disekitar lingkungan hospital sultanah bahiyah. Utk pengetahuan, Aeon Jusco jugak akan dibuka (sila rujuk http://www.j-sam.com/MALAYSIA/departmentstore/AlorStar/index.html)
    Parkson opposite menara telekom dan 2nd tesco di stargate…bkn menidakkan pendapat saudara…ttp utk berkongsi maklumat…TQ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: